Comment:
'Safety First' thats the signage that you see on construction sites, buildings, and factories... You also see signages like, 'Berhati-hati di Jalanraya', 'Laju Membunuh', and so forth. But rarely people take serious thought of it, until it happens to them. The government, and NGOs must take serious road campaigns to help citizens realized the danger on road, and never take road safety for granted.
Also holes on roads should be quickly covered and top-up with high grade bitumen, to avoid motorists from running into it, as these can cause serious road accident like the one below.
(5th April 2011)
Otak Bertabur atas Jalan Oleh Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tidak sempat menikmati nasi goreng dibeli ibunya selepas terbunuh dalam keadaan ngeri dengan otaknya bersepai di atas jalan raya akibat diseret kira-kira lima meter oleh motosikal ditunggang ibunya sendiri yang bergesel dengan sebuah lori di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, Mohd Daniel Hakim Zamri, 5, dalam perjalanan pulang dari sebuah pasar raya besar di Kubang Kerian bersama ibu dan adik bongsunya ke rumah mereka di Kampung Pulau Masjid, dekat sini, selepas membeli nasi goreng yang dimintanya serta barang keperluan untuk perniagaan kedai makan. Difahamkan, setiba di tempat kejadian, ibunya cuba mengelak lubang, sebelum bergesel dengan sebuah lori. Lebih menyedihkan, selepas tercampak, mangsa turut dilanggar motosikal ibunya dan terseret kira-kira lima meter, menyebabkan kepalanya terhentak ke jalan raya sebelum pecah sehingga otaknya bertaburan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala ibunya, Rinawati Idris, 26, peniaga mi di Kampung Pulau Masjid, bersama anak bongsunya, Mohd Zarif Hakimi, 3, dikejarkan dengan ambulans ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Jenazah Mohd Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berangan, Kampung Masjid Pulau selepas solat Zuhur, semalam.
Nenek mangsa, Rohani Senik, 48, berkata, arwah merengek kepada ibunya mahukan nasi dan untuk tidak menghampakan permintaan anak sulungnya itu, Lili (nama gelaran Rinawati) membawa Mohd Daniel dan adiknya ke bandar dengan menunggang motosikal ke sebuah pasar raya besar, dekat sini. “Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori yang menuju arah sama (Bachok),” katanya yang ditemui di bilik mayat HUSM, semalam. Rohani berkata, dia sebak mengenangkan cucunya itu tidak sempat menjamah nasi goreng dibeli ibunya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asistan Komisioner, Azham Othman, yang mengesahkan kemalangan itu berkata, siasatan mendapati motosikal berkenaan cuba mengelak sebuah lubang di bahu jalan dan pada masa sama, sebuah lori datang dari belakang. “Motosikal itu bergesel dengan lori menyebabkan tiga beranak itu tercampak ke atas jalan,” katanya.